Thursday, 22 November 2012

DIMANA KESUDAHANNYA...............




بسم الله الرحمن الرحيم
Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau satu ayat!"

(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

 Asalamualaikum ...........
                     Alhamdulilah syukur kehidrat ilahi kerana di kurniakan umur yang panjang dan sihat tubuh badan..
                     Hari ini ana ingin sekali berkongsi sedikit ilmu walaupun sahabat2 semua pernah mendengar ataupun pernah disampaikan oleh para2 guru sebelumnya....walau apapun ana sekali lagi ingin memperingatkan dan membuka minda pada diri ana dan para sahabat sekalian mudah2an ada sesuatu kebaikan didalamnya untuk difikir2kan.
                    Walaupun catatan ana ini agak serba ringkas, bahasa yang keras,susunan ayat yang tidak cantik dan pendek, harap ianya mencapai matlamat yang ingin disampaikan dan dapat direnungi dan seterusnya terus bermuasabah diri
                   Sahabat sekelian ternyata kehidupan hari ini penuh dengan dugaan dan cabaran serta pancaroba...suka tak suka ianya tetap datang,,,walaupun tanpa diundang...kerana itu ketetapan Allah.....cuma daya kita untuk menilai bentuk dugaan tersebut.
                    Apakah matlamat sebenarnya kehidupan kita pada hari ini......kenapa kita dilahirkan dan seterusnya dibenarkan oleh Allah menjalani kehidupan di atas bumi milikNya.........Rata-rata menyatakan..
                  Tak lain dan tak bukan untuk menikmati segala nikmat Allah disamping itu mengakui kebesaran Allah Maha pencipta dan seterusnya memahami bahawa kita hamba yang lemah ...dan terus bersyukur serta menyembah taat pada Allah maha besar.
                   Tapi apa yang nyata adakah ianya sejajar atas apa yang diperkatakan dengan perbuatan dan kehendak ilahi...jangan sekadar manis dimulut ...petah berbahasa tapi kosong pengisian ....kita boleh tipu orang lain tapi kita tak mampu menipu diri sendiri dan Allah....sampai bila......Sampai nyawa dihujung halkum baru nak mengakui....lambat sahabat lambat......Apakah balasan kita ...kita mengakui kita hamba ...tapi manakah usaha kita...adakah dengan cara berserah bulat-bulat...tak malukah kita  dengan penjanjian kita pada Allah dan Rasul.... perjanjian pengucapan dua kalimah sahadah yang dilafazkan dan tak malukah kita dengan apa yang Allah bagi secara percuma kepada kita  tanpa meminta bayaran satu sen pun....Allah dan Nabi nak kita jadi insan yang takwa dan beriman itu sahaja...ingat !!!...Allah tak rugi satu sen pun atas kegagalan kita, kerana Dia maha pemberi dan maha penyayang....Cuma nabi kita sedih kerana setelah sekian lama perjuangan beliau untuk menjadikan umatnya insan kamil akhirnya,,.. umatnya tertipu dengan tipu daya syaitan....itu pun kita tak malu , terhegih-hegih datang di akhirat kelak mohon shafaatnya

Surah Faatir. Ayat 005.
Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).

                   Apa yang kita kejar selama ini.........Sebenarnya kita terlalu kejar akan dunia...kita atur hidup kita bersama dunia....kita agungkan dunia seolah-olah dunia ini sesuatu yang kekal tanpa binasa.....kita anggap dunia ini segala-galanya...sehingga kita lupa pada matlamat utama Maha pencipta yang mengurniakan kita nyawa.....kita abaikan segala perintahNya, kita langgar segala larangaNya..kita tipu nabi kita...kita dusta akan ajarannya .....keras dan angkuhnya kita...
Pesanan Rasullah saw kepada sepupunya Abdullah bin Abbas r.a di mana baginda bersabda (bermaksud):
"Peliharalah Allah pasti Allah memelihara anda. " (Tirmizi)
                 Ingatlah kehidupan kita hari adalah cermin kepada kehidupan akhirat kelak....apa yang kita nampak itulah dia hakikat kehidupan...sebenarnya hari-hari yang kita lalui ibarat kita memijak bara api yang panas yang sentiasa membakar dari segenap celah tapak kaki...oleh itu bijak lah memilih alas untuk memijak agar tidak membakar diri.....Hari ini ramai sahabat-sahabat kita apabila ditanya...................... apa yang kita kejar dan cari didunia ini , mereka akan kata dan kita sendiri akan nampak atau kita sendiri juga akan mengatakan hari setiap orang sibuk mengejar harta,wang dan kemewahan..........sebenarnya tidak sama sekali
Fahamilah riwayat ini.....
Dalam sahih Muslim, diriwayatkan daripada Jabir ra:Sesungguhnya Nabi saw telah melalui sebuah pasar, sedang orang ramai berada di kedua-dua tepi Baginda (mengiringinya). Baginda lalu berhampiran seekor kambing yang bertelinga kecil dan telah mati. Baginda pun mengambil anak kambing itu, lalu memegang telinganya. Lantas Baginda bertanya:
"Siapakah di kalangan kamu yang suka memiliki kambing ini dengan harga satu dirham?"
Mereka menjawab, "Kami tidak suka ia menjadi milik kami dengan apa-apa tukaran pun. Apakah yang boleh kami buat dengannnya?".
Baginda bertanya kembali: "Adakah kamu suka menjadi milik kamu?"
Mereka pun menjawab, "Demi Allah, kalau ia hidup sekalipun, ia masih mempunyai kecacatan ,kerana ia bertelinga kecil. Apatah lagi ia telah mati".
Lalu Baginda bersabda, "Demi Allah, sesungguhnya dunia lebih hina pada padangan Allah berbanding kedudukan kambing ini pada pandangan kamu"
                  Sebenarnya kita sibuk cari dan kejar TUA DAN MATI ..........kita cari , kita kejar harta,  wang dan kemewahan belum pasti kita perolehi dan dapat.....tetapi tua dan mati adalah sesuatu yang JELAS dan NYATA ...WALAUPUN kita tidak minta,cari atau inginkan ia TETAP dan PASTI 
                  Kehidupan dan hidup kita hari ini ibarat sebiji telur di hujung tanduk....terlalu genting dan getir ...bersedia untuk jatuh dan pecah pada bila-bila masa sahaja.....apabila jatuh dan pecah bermakna berakhirlah telur tersbut....tetapi biarlah apabila dia jatuh kelak, isinya tetap kita boleh gunakan....... sebegitu juga dengan kehidupan kita...tua dan mati tiada tertangguh....setiap saat ia tetap datang dan semakin menghampiri..........oleh itu sentiasalah bersedia akan kehadiriannya yang tidak diduga ini.......biarlah kita mati esok bukan sesuatu yang sia-sia ..biarlah mati dalam iman dan keredhoan Allah
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenarnya dan hanya kepada Kamilah, kamu dikembalikan. (Al Anbiya` : 35)
Firman Allah yang bermaksud "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." Surah Ali Imran ayat 185.
Dan juga
Rasulullah SAW bersabda "Sebelum berlakunya Hari Qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"

                  Carilah.....carilah........carilah......agar kita tidak mufis di akhirat kelak...........AMIN

Sesungguhnya, Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al-Qur`an) dengan (membawa) kebenaran. Maka, sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadanya. Ingatlah, hanya kepunyaan Allahlah agama yang bersih (dari syirik)....”
(az-Zumar [39]: 2-3)



NUKILAN RASA
Zakaria ramli – tapediri seutara
0200am

Nabi Tidak Redha Umatnya di Neraka


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum sahabatku yang dikasihi sekalian,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan Pencipta seluruh alam dan moga tercurah selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh keluarga Baginda, sahabat-sahabat Baginda, para tabiin dan yang mengikutinya hingga hari kiamat.

Ketika syurga dan neraka telah terkunci, dan semua umat manusia telah dimasukkan ke dalam syurga dan neraka, sesuai dengan amalannya dan mereka telah menikmati ganjaran atau merasakan hukuman atas apa yang mereka kerjakan dalam waktu yang begitu lama, Allah SWT menanyakan kepada Malaikat Jibril, subhanallah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, “Apakah ada umat Muhammad  s.a.w. yang masih tertinggal di dalam neraka?”

Maka Malaikat Jibril pun pergi ke neraka Jahanam. Neraka Jahanam yang begitu gelap tiba-tiba berubah menjadi terang benderang kerana kedatangan Jibril.

Para penghuni Jahanam pun bertanya-tanya, siapakah yang datang, mengapa Jahanam tiba-tiba terang benderang.

Malaikat Jibril pun menjawab bahawa dia adalah Malaikat Jibril, yang diutus oleh Allah SWT untuk mencari apakah ada umat Muhammad yang masih terselit di neraka Jahanam. Tiba-tiba sekelompok orang berteriak, “Sampaikan salam kami kepada Rasulullah s.a.w., beri tahukan keadaan kami di tempat ini kepada beliau.”

Jibril pun keluar dari neraka Jahanam dan pergi ke syurga untuk memberitahukan hal itu kepada Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. begitu bersedih mendengar bahawa masih ada umatnya yang tertinggal di dalam neraka dalam waktu yang sudah begitu lama. Beliau tidak redha ada umatnya yang masih tertinggal di neraka walaupun dosanya sepenuh bumi.

Rasulullah s.a.w. pun bergegas hendak pergi ke neraka. Tapi di dalam perjalanan beliau terhadang oleh garis batas Malaikat Israfil. Tidak ada seorang pun boleh melintasi garis itu kalau tidak seizin Allah SWT.

Rasulullah s.a.w. pun mengadu kepada Allah SWT, dan akhirnya beliau diizinkan. Tapi sesudah itu Allah SWT mengingatkan Rasulullah bahawa umat itu telah meremehkan beliau. “Ya Allah, izinkan aku memberi syafa’at kepada mereka itu walaupun mereka hanya punya iman sebesar zarrah.”

Sesampainya Rasulullah s.a.w. di neraka Jahanam, padamlah api neraka yang begitu dahsyat itu. Penduduk Jahanam pun berucap, “Apa yang terjadi, mengapa api Jahanam ini tiba-tiba padam? Siapakah yang datang lagi?”

Rasulullah s.a.w. menjawab, “Aku Muhammad s.a.w. yang datang, siapa di antara kalian yang jadi umatku dan punya iman sebesar zarrah, aku datang untuk mengeluarkannya.”

Demikianlah kecintaan Rasulullah kepada umatnya, beliau akan memperjuangkannya sampai di hadapan Allah SWT. Lalu bagaimana kecintaan kita sebagai umat Rasulullah s.a.w. kepada peribadi yang begitu agung itu?

Sumber: Kisah dan Hikmah
Majlis Ta'lim Wad Dakwah
Ustaz Al Habib Sholeh bin Ahmad bin Salim Al Aydrus
Rujukan : Kitab Muhammad Insan Kamil karya Sayyid Muhammad Al-Maliki dan Kitab Asy Syifa karya Al Qadhi 'Iyadh

Saturday, 17 November 2012

ALQURAN DISERANG!!!!!!!






Al Quran palsu buatan amerika dan israel

Beritahu kepada seluruh teman-teman tentang Al-Qur’an palsu yang diberi nama Al-Furqon Al-Haq yang pertama kali dicetak dan diterbitkan dinegara muslim iaitu Kuwait dan Iraq. yang disebarkan dan dicetak oleh Amerika dan saudaranya iaitu Israel.

Al-Qur’an palsu (Al-Furqon Al-Haq) yang diterbitkan dalam bahasa arab dan telah diterjemahkan kedalam bahasa inggris itu memiliki 77 surat buatan dalam 366 halaman, diantara nama-namanya adalah : Al-Fatihah, An-Nur, As-Salam, Al-Mahabbah, Al-Masih, Ats-Tsalluts, Al-Mariqin, Az-Zina, Al-Makirin, Ar-Ruat, Al-Injil, Al-Asatir, Al-Kafirin, At-Tanzil, At-Tahrif, Al-Jannah, Al-Adha, Al-Abas, Asy-Syahid.

الفاتحة، النور، السلام, المحبة، المسيح، الثالوث، المارقين، الصَّلب، الزنا، الماكرين، الرعاة، الإنجيل، الأساطير، الكافرين، التنزيل، التحريف، الجنة، الأضحى، العبس، الشهيد

Dengan menggunakan basmalah yang membingungkan yang menggabungkan 3 agama, Islam, Kristian dan Yahudi. inilah basmalahnya :

بسم الأب الكلمة الروح الإله الواحد الأوحد مثلث التوحيد موحد التثليث ما تعدد

Artinya : “dengan nama bapak kalimat ruh tuhan yang esa tiga dalam satu satu dalam tiga yang berbeda-beda”

Dan inilah contoh ayat-ayat dalam al-qur’an palsu itu :

* Dalam surat Al-Muftarah :

يا أيها الناس لقد كنتم أمواتا فأحييناكم بكلمة الإنجيل الحق، ثم نحييكم بنور الفرقان الحق

Artinya : “wahai manusia sungguh kamu telah mati dan kami hidupkan kembali dengan kalimat injil al-haq kemudian kami hidupkan (kembali) dengan cahaya al-furqon al-haq”.

* Dalam surat Al-Masih :

وزعمتم بأن الإنجيل محرف بعضه فنبذتم جُلَّه وراء ظهوركم

Artinya : “dan kalian mengira bahwa al-injil itu telah dirubah (palsukan) sebagiannya dan kemudian kalian mengingkarinya dibelakang punggung-punggung kalian.”

وقلتم: آمنا بالله وبما أوتي عيسى من ربه، ثم تلوتم منكرين، ومن يبتغ غير ملتنا دينا فلن يقبل منه، وهذا قول المنافقين

Artinya : “dan kalian mengatakan : kami telah beriman dengan Allah dan apa-apa yang diturunkan Musa dari Tuhannya kemudian kalian mengingkarinya, dan barang siapa yang menjadikan selain dari agama kami sebagai agamanya maka tidak akan diterima darinya dan inilah perkataan orang-orang munafiq.”

sebarkan.sekian

Friday, 16 November 2012

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :


"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
 Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.

Baginda s.a.w.berkhutbah di atas untanya al-Qaswah. Tidak lama selepas Khutbah ini disampaikan turun wahyu iaitu ayat 3 Surah al-Maidah:
“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)


7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W



Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
 tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: 
membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga:
 jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
 jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima:
 jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: 
jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: 
amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

MUDAH2AN KITA MENDAPAT SHAFAAT NABI DI AKHIRAT KELAK......AMIN


Pesanan Rasullulah Saw Terhadapmu Wahai Kaum Hawa

MENGENANGKAN banyak antara kaum perempuan menyeleweng daripada ajaran Islam disebabkan beberapa sifat buruk yang sepatutnya dijauhi, Rasulullah SAW menasihati dan menggalakkan mereka supaya selalu bersedekah. Hal ini kerana sedekah akan menolong mereka di dunia dan akhirat.
 
Dalam hadis daripada Jabir bin Abdullah, katanya: “Aku hadir bersama-sama Rasulullah mengerjakan sembahyang pada hari raya (selepas sembahyang dan berkhutbah). Baginda kemudian pergi (ke barisan belakang) hingga sampai ke tempat kaum perempuan. Lalu Baginda menasihati dan mengingatkan mereka, serta Baginda (menggalakkan mereka bersedekah), sabdanya: “(Bersedekahlah kamu kerana sesungguhnya kebanyakan kamu menjadi kayu bakaran api neraka.”
Pada saat itu, seorang perempuan yang berkedut kedua-dua pipinya, bangun dari tengah kaum perempuan lalu bertanya: “Mengapa (kami dimurkai Allah seberat itu), Ya Rasulullah? “Baginda menjawab: “Kerana kamu selalu saja mengadu (tidak cukup nafkah), dan kamu pula tidak mengenang budi suami (sedikit pun).”
 
Jabir (rawi hadis ini) berkata: “Golongan perempuan itu pula tampil bersedekah barang perhiasan badan mereka, mereka meletakkan pada baju Bilal: subang dan anting-anting serta cincin mereka.” (Hadis riwayat Muslim)
 
Kaum perempuan diciptakan Allah dalam keadaan yang semulia-mulianya – sebagai ibu yang dihormati, isteri dikasihi dan anak disayangi. Selain itu, diberi panduan supaya mereka menjadi manusia beriman dan beramal salih.
 
Untuk menyedarkan mereka akan hakikat itu, Rasulullah menasihati mereka supaya menjauhi apa-apa juga tabiat buruk seperti diterangkan dalam hadis di atas. Perkara itu ditegaskan lagi dalam hadis berikut.
Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Wahai kaum perempuan, bersedekah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka.”
 
Seorang perempuan yang bijak antara mereka berkata: “Ya Rasulullah mengapa kami menjadi golongan yang banyak sekali antara ahli neraka?” Baginda menjawab: “”(Kerana) kamu selalu mengutuk dan memaki-hamun dan kamu pula tidak mengenang budi suami dan (selain itu) aku tidak melihat golongan yang kurang akal dan kurang pula (amal) agamanya serta besar pula pengaruhnya kepada orang lelaki bijak bestari (sekalipun) – selain daripada kamu.”
 
Perempuan itu bertanya lagi katanya: “Ya Rasulullah apa maksudnya: (Kaum perempuan) kurang akal dan kurang (amal) agama itu?” Baginda menjawab: “Mengenai kurang akal, maka (ketika menjadi saksi): Saksi dua perempuan, (hanya) menyamai saksi seorang lelaki; maka inilah (tanda) kurang akal. Dan seseorang perempuan pula akan tinggal beberapa hari dengan tidak mengerjakan sembahyang (kerana kedatangan haid) dan dia pula ada kalanya tidak berpuasa pada Ramadan (kerana kedatangan haid juga) maka ini dan (tanda yang menunjukkan kaum perempuan) kurang amal agamanya (berbanding dengan kaum lelaki).”
(Hadis riwayat Bukhari dan Ibn Majah)
 
Dari Al-Hasan, bahawa ‘Aqil bin Abi Thalib menikahi seorang wanita dari Jasyam. Para tetamu mengucapkan selamat dengan ucapan jahiliyah : “Birafa’ Wal Banin (Semoga murah rezeki dan banyak anak)”. ‘Aqil bin Abi Thalib melarang mereka seraya berkata : “Janganlah kalian ucapkan demikian!!. Karena Rasulullah s.a.w melarang ucapan demikian”. Para tamu bertanya :”Lalu apa yang harus kami ucapkan, wahai Abu Zaid ?”. ‘Aqil menjelaskan : “Ucapkanlah : Barakallahu lakum wa Baraka ‘Alaiykum (Semoga Allah memberi kalian keberkatan dan melimpahkan atas kalian keberkatan). Demikianlah ucapan yang diperintahkan Rasulullah s.a.w”.
 
(Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Darimi, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad dan lain-lain).
Doa yang biasa Rasulullah s.a.w ucapkan kepada seorang mempelai ialah :
“Barakallahu laka wa baraka ‘alaik, wa jama’a bainakuma fi khair”
 
Doa ini berdasarkan hadith sahih yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:
Dari Abu hurairah, bahawasa Nabi s.a.w jika mengucapkan selamat kepada seorang mempelai, beliau mengucapkan doa : “Barakallahu laka wa baraka ‘alaik, wa jama’a bainakuma fi khair (Semoga Allah memberimu keberkatan dan mencurahkan keberkatan ke atasmu dan mudah-mudahan Dia mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan)”.
 
(Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Darimi, Hakim, Ibnu Majah dan Baihaqi).

ZUHUD SEORANG SUFI

Rasullulah saw menitiskan air mata, melihat nasib pemuda bangsawan itu.

Usaid bin Khudjair , seorang tokoh di Madinah dengan nada tinggi mengancam Mush'ab bin Umair seorang daie dari Mekah dengan kata-kata kasar. Usaid menuduh pemuda yang datang dari Mekah itu hanya akan membuat kacau di Madinah, memujuk orang-orang lemah dan mengoda wanita. 

"Jika masih ingin hidup , segera tinggalkan Kota Madinah ini!,"ancam Usaid . 

Menghadapi kekasaran Usaid,Mush'ab bin Umair hanya tersenyum. 
"Baiklah saudara ,tolonglah duduk sebentar . Terimalah ucapan saya jika memang baik , dan tinggalkan saya jika ternyata tidak berkenan di hati anda,"kata Mush'ab dengan lemah lembut. 

Mush'ab bin Umair kemudian menceritakan maksud kedatangan untuk membawa risalah Muhammad saw tentang ajaran islam yang mencintai perdamaian. Dari tutur katanya yang bijak itu, hingga membuat Usaid menjadi terpesona dan kemudian membenarkan ajakan Mush'ab. 

Siapakah Mush'ab bin Umair itu? Dia adalah seorang pemuda yang tampan dan kaya. Di antara pakaiannya ada yang berharga 200 dirham atau senilai 100 kambing waktu itu. 

Pemuda ini memeluk islam setelah mengikut kajian wahyu di Darul Arqam. Ketika keluarganya mengetahui , dia dikurung di dalam rumah. Setelah berhasil melepaskan diri, pemuda itu nekad dengan kaum Muhajirin untuk berhijrah ke Madinah. 

Kehidupan yang serba kekurangan setelah masuk islam sangat berbeza dengan kehidupan mewah sebelumnya. Namun, pemuda itu tetap tabah dalam keimanannya. 

Perkara itu yang membuatkan Rasullulah saw menitiskan air mata , melihat nasib pemuda bangsawan itu. Pakaiannya pun kini banyak tampalan dengan kulit kambing. 

Sebagai seorang Mubaligh , Mush'ab dikenali sebagai muqri' atau ahli Al-Quran. Dia memiliki keistimewaan dalam berdakwah , tutur katanya ramah dan lemah-lembut, seperti yang disampaikan kepada Usaid itu. 

Rasullulah menugaskan Mush'ab bertabligh di Yathrib , kota yang dihuni orang-orang musyrik Yahudi dan Nasrani. Namun dengan apa yang dimiliki , dia telah berjaya. 

Di Madinah , Mush'ab berjaya mendamaikan suku Aus dan suku Khazraj yang sudah puluhan tahun bersengketa . Mush'ab diangkat sebagai imam pertama bagi kedua suku yang bersengketa itu. 
Dialah orang pertama yang menyelenggara dan memimpin solat jumaat di kota Madinah. 

Ketika Mush'ab gugur di medan perang , sebagai pahlawan islam, yakni dalam perang Uhud , kain kafannya tidak cukup untuk menutupi jasadnya, sehingga para sahabat menyambungkannya dengan daun "idzkhir" pada kakinya . 

Pertikan : 
Buku"Himpunan Kisah Para Sufi" 
Halaman 19-21 
Muhamad Ibrahim Salim.