Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :
"Wahai manusia, dengarlah
baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku
dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu
dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada
orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu
menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan
harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang
diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu
sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah
bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat
perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba,
oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi
keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu
dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak
mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai
hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya
mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak
untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah
wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka
kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang
setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh
memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang
melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah
bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah
sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan
tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji
sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada
Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih
mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap
Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa
yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu
terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai
manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak
akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan
fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan
mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah
Al-Qur an dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.
Baginda s.a.w.berkhutbah di atas untanya al-Qaswah. Tidak lama selepas Khutbah ini disampaikan turun wahyu iaitu ayat 3 Surah al-Maidah:
“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.
Baginda s.a.w.berkhutbah di atas untanya al-Qaswah. Tidak lama selepas Khutbah ini disampaikan turun wahyu iaitu ayat 3 Surah al-Maidah:
“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)
No comments:
Post a Comment