Yahudi Menyukai Perkara yang Khurafat
"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa
kerajaan Sulaiman, sedang Sulaiman tidak menyihir, tetapi
syaitan-syaitan itulah yang menyihir. Mereka mengajarkan sihir kepada
manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat, Harut dan Marut di
Babylon dan tidaklah mereka mengajarkan kepada seorang pun sehingga
mereka berkata, "Kami ini hanya cobaan, kerana itu jangan kamu belajar
sihir". Lalu mereka belajar dari dua malaikat itu apa yang mereka dapat
menceraikan antara seseorang dengan isterinya. Padahal mereka tidak
dapat membahayakan kepada seorang pun dengan sihir itu, kecuali dengan
izin Allah. Dan mereka belajar sesuatu yang membahayakan mereka, dan
yang tidak berguna bagi mereka. Demi, mereka sungguh telah meyakini,
bahawa siapa yang membelinya (sihir), maka baginya tidak ada bahagian
sedikit pun di akhirat. Dan alangkah buruknya perbuatan mereka menjual
dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui, "(QS. Al-Baqarah: 102).
KHURAFAT ialah sesuatu
yang dibuat-buat atau dongeng-dongeng yang tidak ada asas pembuktian
kebenarannya. Termasuk di dalam pengertian khurafat ialah sihir. Sihir
oleh orang-orang Yahudi dianggap sebagai ilmu yang diwariskan oleh Nabi
Sulaiman kepada Ummat manusia.
Hal ini disangkal oleh Allah dalam ayat di atas.
Segolongan pendeta Yahudi dengan sikap pura-pura bodoh terhadap
ajaran-ajaran Taurat dengan sengaja melemparkan Kitab suci Taurat,
kemudian mereka mengikuti dan mengamalkan sihir yang diterimanya dari
syaitan-syaitan pada zaman Sulaiman bin Daud.
Bangsa Yahudi beranggapan bahawa Nabi Sulaimanlah orang pertama yang
mempunyai koleksi buku-buku sihir, kemudian menanam buku-buku tersebut
di bawah singgahsana kerajaannya. Kemudian dari tempat inilah Bangsa
Yahudi menukil dan menyebarkan ilmu sihir. Cerita semacam ini jelas
merupakan kebohongan yang dengan sengaja dilontarkan oleh Bangsa Yahudi
atas nama Nabi Sulaiman.
Sihir adalah suatu usaha untuk menipu dan mengelabui mata manusia. Para
ahli sejarah meriwayatkan bahawa ahli-ahli sihir Firaun menggunakan air
raksa untuk merubah tali-tali, tongkat-tongkat bergerak laksana ular
yang sedang berjalan sehingga mata orang awam terpedayakan dan
memercayainya apa yang dilihatnya benar-benar ular.
Dari sinilah sebenarnya pangkal tolak sihir boleh memukau manusia. Sihir
dengan bentuk dan kerjanya seperti ini boleh mempunyai pengaruh untuk
menanamkan angan-angan pada diri manusia, sehingga yang bersangkutan
dapat dikawal perasaan dan fikirannya.
Bangsa Yahudi dengan keyakinannya yang sesat, bahawa Nabi Sulaiman
sebagai guru sihir telah menjadikan sihir sebagai alat untuk melakukan
ke rusakan di tengah masyarakat. Mereka menggunakan sihir untuk
menimbulkan pertengkaran dan perceraian antara suami isteri. Bahkan
mereka mempunyai buku panduan untuk menimbulkan rasa kebencian antara
suami isteri.
Ayat ini dengan tegas menyatakan bahawa salah satu dari jenis sihir yang
oleh orang Yahudi dipandang sebagai alat ampuh untuk mencipta
malapetaka, sesungguhnya adalah anggapan yang tidak benar. Sebab
seseorang memperoleh malapetaka hanyalah kerana kehendak Allah. Allah
telah menetapkan undang-undang sebab akibat (prima causa) yang tidak
dapat dilanggar ataupun dihapuskan oleh kemahuan manusia sendiri,
sekalipun dengan cara-cara sihir.
Bangsa Yahudi dengan kepercayaan kepada sihir yang boleh dijadikan alat
menimbulkan penderitaan dan kesusahan kepada manusia telah menjadi
sasaran kebencian umat manusia. Sebab orang yang senang menimbulkan
penderitaan orang lain sudah tentu dijauhi oleh masyarakat. Pengalaman
kita menyaksikan bahawa orang-orang yang melakukan pekerjaan sihir
mengalami hidup kefakiran dan kehinaan.
Taurat telah melarang Bangsa Yahudi mempelajari sihir. Hukuman yang
dijatuhkan kepada orang-orang yang mengikuti bisikan syaitan dan dukun
sama dengan hukuman bagi penyembah berhala dan patung.
Perbuatan Bangsa Yahudi mengikuti ajaran-ajaran sihir menunjukkan bahawa
mereka tidak beriman kepada Kitab Taurat. Kerana Taurat telah
melarangnya. Begitu pula Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
sebagai Nabi yang telah dijanjikan dalam Kitab Taurat juga telah
melarang sihir dan mengajak mengikuti tuntunan wahyu. Namun, Bangsa
Yahudi bahkan mengingkari ajaran wahyu dan lebih patuh mengikuti para
pendeta mereka yang mengajarkan khurafat dan sihir. sumber Islampos.com
No comments:
Post a Comment