Tuesday, 20 August 2013

MP 3 RUQYAH.........SALAH SATU KAEDAH MERAWAT

SALAH SATU IKHTIAR KITA MEMOHON PERTOLONGAN DARI ALLAH SWT UNTUK MENGESAN / PENDINDING DARI PELBAGAI GANGGUAN SIHIR/JIN/SYAITAN ATAU PERKARA2 MISTIK PADA DIRI ATAU HARTA BENDA ATAU APAJUA KEADAAN...SEBAGAI IKHTIAR SAHAJA...KERANA AYAT ALLAH INI ADA PENAWAR DIDALAMNYA.......INSYALLAH.

Ruqyah Halau Saka Jin Syaitan Iblis

 
Untuk pengetahuan semua, Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka. 

Jenis-jenis sihir adalah sihir rumahtangga sehingga perceraian, sihir pengasih/guna-guna, sihir tipu pandangan, sihir gila, sihir santau, sihir kelesuan badan, sihir penyakit anggota badan, sihir penghalang pernikahan, sihir perniagaan dan banyak lagi.

Saka pula ialah satu amalan mewariskan jin secara turun temurun kepada salasilah keluarga dimana turunnya saka tersebut boleh secara upacara rasmi daripada usul ataupun secara automatik.

Tanda-tanda orang itu bersaka ialah sakit ketika menziarahi orang meninggal,nyanyuk bila tua,terasa panas ditengkuk bila dibacakan ayat-ayat al quran,banyak penyakit genetik pada badan,boleh mengurut dan mengubat tanpa belajar,menerima amalan dari mimpi,menyimpan senjata-senjata lama seperti keris dan juga umur yang panjang serta liat menghadapi sakratul maut.

Untuk mengatasi semua masalah di atas, sebagai umat Islam mestilah merawatnya dengan cara syariat Islam bukan dengan cara yang sesat (Syirik).

Mungkin ramai yang sudah mencuba dan ada kemungkinan juga masih lagi belum mencubanya rawatan secara syar’iyah “BACAAN AYAT RUQYAH SYAR’IYAH”


Kepada yang belum, sila ‘download’ dan ‘save’ ke dalam telefon bimbit, gadget atau PC anda dan perdengarkan bacaan sehingga tamat dengan pejamkan mata. InsyaAllah, jika ada gangguan makhluk halus akan dapat dirasainya. Untuk makluman , bacaan ayat-ayat Ruqyah ini adalah dari ayat suci Al-Quran. Mari kita ambil tahu tentang Ruqyah untuk pengetahuan selanjutnya.

Pengertian Ruqyah
Ruqyah secara amnya bermaksud jampi-jampi atau mantera.

Ruqyah terbahagi kepada 2 jenis iaitu :-
~ Pertama :
Ruqyah yang diperbolehkan oleh syari'at Islam iaitu disebut Ruqyah Syar'iyah.

~ Kedua :
Ruqyah yang tidak dibenarkan oleh syari'at Islam.
(Iaitu Ruqyah dengan menggunakan bahasa-bahasa yang tidak difahami maknanya atau Ruqyah yang mengandungi unsur-unsur kesyirikan).

Ruqyah secara syar'i ( Ruqyah Syar'iyah ) adalah jampi-jampi atau mantera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya.

Dengan hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadis-hadis Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selama dan tidak mengandungi unsur kesyirikan.

Rasulullah SAW bersabda,
"Perlihatkan kepadaku ruqyah kalian, dan tidak apa-apa melakukan ruqyah selama tidak ada unsur syirik" ( HR. Muslim )

Syarat Ruqyah Syar'iyah
Para ulama sepakat membolehkan Ruqyah dengan 3 syarat iaitu :-
1 ~ Dengan mempergunakan firman Allah ( ayat-ayat Al-Quran ) atau nama-nama dan sifat-sifat-Nya.

2 ~ Mempergunakan Bahasa Arab atau bahasa yang dapat difahami maknanya.

3 ~ Berkeyakinan bahwa zat Ruqyah tidak berpengaruh apa-apa kecuali atas izin Allah SWT.

Ketentuan Dan Kepastian Meruqyah
Tatkala melakukan Ruqyah hendaknya diperhatikan ketentuan atau kepastian berikut :-

~ Ruqyah tidak mengandungi unsur kesyirikan.

~ Ruqyah tidak mengandungi unsur sihir.

~ Ruqyah bukan berasal dari dukun, paranormal, tukang telek dan orang-orang yang segolongan dengan mereka, walaupun secara zahir mereka memakai serban, jubah dan sebagainya. Kerana bukan penampilan yang menjamin seseorang itu terbebas dari perdukunan, sihir dan kesyirikan.

~ Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang tidak bermakna atau tidak difahami maknanya, seperti tulisan abjad atau tulisan yang tidak difahami.

~ Ruqyah tidak dengan cara yang diharamkan seperti dalam keadaan junub, di kuburan, di kamar mandi, di bilik yang gelap dan sebagainya.

~ Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang diharamkan, seperti celaan, cacian, laknat dan lain-lainnya.

Keutamaan Ruqyah mengikut Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang tidak menurunkan suatu penyakit kecuali Dia menurunkan juga ubat penawarnya. Rasulullah SAW bersabda :
"Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." ( HR. Muslim )

Dan yakinlah bahwa tidak ada yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah SWT. Maka di antara cara yang paling tepat dan efektif dan mujarab untuk menghilangkan sesuatu penyakit dan menangkal mara bahaya adalah dengan memfungsikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pengubatan. Al-Quran telah menjelaskan hal itu secara jelas iaitu :
“Katakanlah, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar" ( Fushshilat 44 )

"Dan kami turunkan dari Al-Quran ( ada ) sesuatu yang menjadi ubat penawar dan menjadi rahmat bagi orang yang beriman." ( Al-Isra 82 )

Junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya telah mencontohkan pengubatan dengan mempergunakan Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah SAW juga mempergunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.

Hadis-hadis sandaran berkaitan Ruqyah
“Nabi Muhammad SAW meruqyah dirinya sendiri tatkala mahu tidur dengan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu beliau tiupkan pada kedua telapak tangannya, kemudian usapkan ke seluruh tubuh terjangkau oleh kedua tangannya.” (HR Al-Bukhari )

Jabir Bin Abdullah r.a. berkata, "Seseorang di antara kami disengat kalajenking. Kemudian Jabir berkata, "Wahai Rasulullah apakah saya boleh meruqyahkannya? Maka beliau bersabda, "Barangsiapa di antara kalian yang sanggup memberikan manfaat kepada saudaranya, maka lakukanlah" ( HR. Muslim )

Aisyah R.A. juga mengatakan, "Rasulullah SAW memerintahkan padaku agar aku minta ruqyah dari pengaruh 'ain ( mata yang dengki )." ( HR Muslim )

Dari Abu Sa'id Al-Khudhri r.a., Jibril mendatangi Nabi SAW, lalu berkata, "Wahai Muhammad apakah engkau mengeluh rasa sakit?" Beliau menjawab, "Ya!" Kemudian Jibril meruqyahnya , "Bismillahi arqika, min kulli syai'in yu'dzika, min syarri kulli nafsin au 'aini hasidin, Allahu yasyfika, bismillahi arqika" ( "Dengan nama Allah aku meruqyahmu, dari segala hal yang menyakitimu, dan dari kejahatan segala jiwa manusia atau mata pendengki, semoga Allah menyembuhkan kamu, dengan nama Allah saya meruqyahmu") ( HR Muslim )

Aisyah R.A. berkata, "Biasanya Rasulullah SAW apabila ada seorang yang mengeluh rasa sakit, beliau usap orang tersebut dengan tangan kanannya, kemudian berdoa, "Hilangkanlah penyakit wahai Rabb manusia, sembuhkanlah kerana Engkaulah pemberi penyembuh, tiada kesembuhan selain kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tiada meninggalkan penyakit" ( HR Muslim )

Uthman Bin Abil 'Ash R.A. datang menemui Rasulullah SAW mengadukan rasa sakit pada tubuhnya yang dia rasakan semenjak masuk Islam, kemudian Rasulullah SAW berkata, "Letakkan tanganmu pada tempat yang terasa sakit, kemudian bacalah "Bismillahi" ( dengan menyebut nama Allah ) tiga kali, dan bacalah "A'uzu billahi wa qudrotihi min syarri ma ajidu wa uhadziru" ( aku berlindung dengan Allah dan dengan qudrat-Nya dari kejahatan yang aku dapati dan yang aku hindari ) tujuh kali." ( HR. Muslim )

Cara rawatan Ruqyah Syar’iah
Dengan cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran dengan jelas supaya pesakit dapat mendengarnya. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, nescaya makhluk-makhluk halus seperti jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.

Maka terjadilah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antara biasanya pesakit akan tiba-tiba merasa :
1) denyutan jantung makin kencang
2) badan begegar
3) ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4) mengantuk/menguap
5) batuk-batuk
6) gelisah
7) panas di tengkuk

Jika ada mengalami sebahagian seperti reaksi-reaksi di atas, kemungkinan besar ada jin yang menghuni tubuh pesakit. Kenapa dan mengapa terjadi reaksi sebegitu? 

Penjelasannya adalah mudah, jin yang berada dalam tubuh setiap pesakit akan bergerak melalui saluran darah, bacaan ayat-ayat Ruqyah Syar'iyah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka (makhluk halus), lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung bertambah kencang.

Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan mereka akan membuatkan pesakit mengantuk teramat sangat apabila mendengar bacaan ayat-ayat Ruqyah Syar'iyah ini.

Dan bagi pesakit-pesakit yang mempunyai saka pula, pesakit akan terasa panas ditengkuk.

Selain dari itu, bacaan ayat-ayat RUQYAH SYAR’IYAH ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin, kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta memagar diri secara amnya.

Pesakit juga kena memperbanyakkan zikir “Thaha” – Surah Thaha - ayat 1 di dalam hati tak kira masa dan tempat. Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa. InsyaAllah.

Baca zikir ini sebanyak mungkin sehingga kita terasa muntah, itu suatu petanda di mana jin-jin beransur-ansur keluar dari badan kita. InsyaAllah.

Dengan mendengar dan diamalkan membaca ayat-ayat Ruqyah Syar’iyah ini juga, InsyaAllah mampu menyembuh segala penyakit misteri antaranya ialah :-
~ Fikiran runsing/jiwa gelisah
~ Menyembuhkan penyakit histeria, sihir dan saka
~ Mengusir jin di dalam badan, rumah dan premis perniagaan
~ Ketenangan dalam rumahtangga
~ Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
~ Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
~ Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
~ Menguatkan hafalan dan pembelajaran
~ Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
~ Membersihkan aura diri dan mengusirkan energi-energi negatif dari badan

Urutan Bacaan Ayat-Ayat Ruqyah Syar’iyah
01 - Surah Al-Fatihah, Juzuk 1, Ayat 1-7
02 - Surah Al-Baqarah, Juzuk 1, Ayat 1-5
03 - Surah Al-Baqarah, Juzuk 1, Ayat 102
04 - Surah Al-Baqarah, Juzuk 2, Ayat 163-164
05 - Surah Al-Baqarah (Ayatul Kursi), Juzuk 3, Ayat 255 – Di ulang 7 kali

06 - Surah Al-Baqarah, Juzuk 3, Ayat 285-286
07 - Surah Ali-Imran, Juzuk 3, Ayat 18-19
08 - Surah Al-Araf, Juzuk 8, Ayat 54-56

09 - Surah Al-Araf, Juzuk 9, Ayat 117-122 – Di ulang 7 kali
10 - Surah Yunus, Juzuk 11, Ayat 81-82 – Di ulang 7 kali
11 - Surah Toha, Juzuk 16, Ayat 69 – Di ulang 7 kali

12 - Surah Al-Mukminun, Juzuk 18, Ayat 115-118
13 - Surah As-Soffaat, Juzuk 23, Ayat 1-10
14 - Surah Al-Ahqaf, Juzuk 26, Ayat 29-32
15 - Surah Ar-Rahman, Juzuk 27, Ayat 33-36
16 - Surah Al-Hasyr, Juzuk 28, Ayat 21-24
17 - Surah Al-Jin, Juzuk 29, Ayat 1-9

18 - Surah Az-Zalzala, Juzuk 30, Ayat 1-8
19 - Surah Al-Ikhlas,Juzuk 30, Ayat 1-4
20 - Surah Al-Falaq, Juzuk 30, Ayat 1-5
21 - Surah An-Naas, Juzuk 30, Ayat 1-6

*Masa bacaan dalam 40 minit

Cara menggunakan MP3 bacaan ayat-ayat Ruqyah Syari’iyah
1~ Bagi kesihatan diri dan keluarga, pasangkan mp3 ini di dalam rumah atau premis perniagaan anda sebanyak 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2~ Bagi pesakit gangguan jin, dilarang memasangnya di dalam kereta, kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan. Kepada yang sudah tiada masalah gangguan bolehlah dipasangkan. InsyaAllah selamat perjalanannya.

3~ Bagi anak-anak yang sering menangis di waktu malam, anda perlu pasangkan dengan kuat mp3 ini, InsyaAllah jin atau syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4~ Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat temu jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral dan buka penutupnya. Kemudian pasangkan mp3 bacaan ayat-ayat Ruqyah Syar’iyah ini sebanyak 3 kali ulangan sebelah air tadi. Selesai, air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan minum setiap hari sehingga air tadi habis. Dan tiap-tiap selepas solat perlu membaca Ayat Qursy 3x dan Surah Al-Insyirah 3x secara istiqomah. Kemudian setiap malamnya hendaklah dipasangkan mp3 ini dari malam sampai pagi selama sebulan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT.

5~ Bagi memulihkan rumah atau premis perniagaan yang bermasalah, cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut. Jika dipasangkan setiap hari lebih baik untuk pendinding dengan izin Allah SWT.

6~ Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan mp3 ruqyah ini 3x sehari, InsyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

PESANAN :
*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM APABILA MENDENGAR MP3 RUQYAH INI, SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGARKAN DENGAN KHUSYUK SEHINGGA TAMAT BACAAN*


*MP3 BACAAN AYAT-AYAT RUQYAH INI TIDAK MEMPUNYAI ZAT DAN KUASA KECUALI DENGAN IZIN ALLAH SWT.

*JIKA MENGALAMI KESULITAN, SILA BERJUMPA PERAWAT YANG MERAWAT SECARA SYAR’IYAH BUKANNYA RUJUK KEPADA BOMOH ATAUPUN DUKUN.

Sila “DOWNLOAD PERCUMA” dan “SAVE”. Dan jika bermanfaat sila sebarkan/kongsikan kepada insan yang memerlukan. InsyaAllah dapat kita membantunya dengan izin Allah SWT.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ARTIKEL INI, semoga dapat diberikan sedikit ulasan untuk diperkongsikan bersama pembaca lain. InsyaAllah nawaitu kita diberkati Yang Maha Mulia''.
.< KLIK DI USINI NTUK DOWNLOAD >>

<< KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD >>

MAAF SAYA TAK DAPAT SERTAKAN LINK ATAU MP3 RUQYAH TERSEBUT...SILA GOOGLE ATAU BELI CD DI KEDAI2 BUKU AGAMA .

Mudah2an usaha kita Allah memberi pertolongan seluas2nya

Pagar Rumah & Diri, Rawatan Serta Petua didalam berhadapan ancaman jin dan syaitan

INI MERUPAKAN SALAH SATU CARA / IKHTIAR MERAWAT

Berkongsi amalan atau petua bagi mengelakkan gangguan jin dan syaitan

Pagar Rumah:

1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk opis/umah baru. Ia juga baik bg bangunan yg telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/umah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yg suka tinggal di umah yg tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud;
"jgn lah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dlm sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;
"Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, elawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar rumah cara Islam.
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dgn kepercayaan bhw benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Ada kaedah yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.

Menangani Tipu Helah Makhluk Halus:

Ayat2 di bawah ini di susun oleh Rahim bin Md. Salleh atas keizinan Ustaz Prof Dr Ustaz Jumadi Mustar

Ayat Ruqyah

Pesakit mula-mula baca
1) Al-Isti'adzah, kemudian bacalah
2) Wala haula wala kuuwata illa billahill aliyil azhim
3) Bismillaa-hil ladzii laa yadurru ma asmihii shai'un fil ardi wa laa fis samaa-i-wahuwas samii-'ul-aliim 3x
4) A'u-dzu-bikalimaa-til-laa-hit-taam-maati minsh-sharri maa kholaq 3x

Kemudian baca ayat ayat Ruqyah:-

1) Surah Al-Fatihah ayat 1 - 7
2) Surah Al-Baqarah ayat 1 - 5
3) Surah A-Baqarah ayat 102 di ulang sebanyak 7x
4) Surah Al-Baqarah ayat 163 - 164
5) Surah Al-Baqarah ayat 255
6) Surah Al-Baqarah ayat 285 - 286
7) Surah Aali-Imraan ayat 18 - 19
8) Surah Al-'Araf ayat 54 - 56
9) Surah Al-A'raaf ayat 117 - 122 di ulang sebanyak 7 x kemudian ayat 120 di ulang sebanyak 30x secara bersendirian
10) Surah Yunus ayat 81 - 82 di ulang 7 x, selepas itu di ulang ayat innallaha sayub tiluh sebanyak 7x bersendirian
11) Surah Taha ayat 69 di ulang 7x
12) Surah Al-Mukminin ayat 115 - 118
13) Surah As-Soffaat ayat 1 - 10
14) Surah Al-Ahqaaf ayat 29 - 32 ulang ayat pendek ini 7 x - yakau manaa ajiibuu daiyallah
15) Surah Ar-Rahman ayat 33 - 36
16) Surah Al-Hasyr ayat 21 - 24
17) Surah Al-Jin ayat 1 - 9
1 Surah Al-Ikhlas
19) Surah Al-Falaq, di ulang surah ini 9 x
20) Surah An-Naas

Ayat-ayat Wirid Mangsa Sihir:

1) Surah Yunus ayat 80 - 81
2) Surah Al-A'raf ayat 117 - 121
3) Surah Taha ayat 67 - 70
4) Surah Al-Furqan ayat 32
5) Surah Anbiya' ayat 70
6) Surah An-Nur ayat 39
7) Surah Al-Israk ayat 81
8) Surah Fussilat ayat 42
9) Surah Fatir ayat 10
10) Surah Anbiya ayat 18
11) Surah Al-A'raf ayat 18
12) Surah Kahfi ayat 98
13) Surah Taha ayat 69
14) Surah Al-Falaq

Ayat-ayat Wirid Mangsa Hasad :

1) Surah Al Fatehah 7 x
2) Ayat Kursi 7 x
3) Surah Mulk 1 x
4) Surah Al-Qalam 7 x (ayat 51)
5) Ayat 3 Qul 7 X

Ayat-ayat Azab

1) Al-Baqarah surah 2 : ayat 206
2) Al Maidah surah 5 : ayat 33 - 37
3) An Nisa' - surah 4 : ayat 166 - 169
4) Al Anfal - surah 8 : ayat 9 - 14
5) Al Isra' - surah 17 : ayat 110 - 111
6) Al Hijr - surah 15 : ayat 16 - 18
7) Al Anbiya' - surah 21 : ayat 70
As Saffat - surah 37 : ayat 1 - 10
9) Ad Dukhan - surah 44 : ayat 43 - 50
10) Al Jathiya - surah 45 : ayat 7 - 11
11) Al Ahqaf - surah 46 : ayat 29 - 34
12) Ar Rahman - surah 55 : ayat 32 - 44
13) Al Haqqah - surah 69 : ayat 25 - 37
14) Al Buruj - surah 85
15) Al A'la - surah 87
16) Az Zalzalah - surah 99
17) An Nasr - surah 110

Ayat-ayat Shifa'

1) At Taubah - surah 9 : ayat 14 - 15
2) Yunus - surah 10 : ayat 57
3) An Nahl - surah 16 : ayat 67 - 69
4) Al Isra' - surah 17 : ayat 82
5) As Syu'ara - surah 26 : ayat 75 - 80
6) Al Fushilat - surah 41 : ayat 44

Pesakit yang tidak mampu membaca ayat2 ruqyah keseluruhannya atau yang tidak dapat membaca Al-Quran dengan baik cukup mengamalkan doa2 dan zikir di bawah ini sebagai perisai untuk dirinya :

1) Baca doa ini setiap selepas solat subuh dan solat asar:

A'u-dzu-bikalimaa-til-laa-hit-taam-maati minsh-sharri maa kholaq 3x
Aku berlindung dengan kalimah2 (ayat) Allah yang sempurna dari semua kejahatan yang di ciptakan-Nya.

2) dan doa ini

Bismillaa-hil ladzii laa yadurru ma asmihii shai'un fil ardi wa laa fis samaa-i-wahuwas samii-'ul-aliim 3x
Dengan nama Allah yang dengan-Nya segala sesuatu yang ada dibumi dan langit tidak sekali2 akan membahayakan. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

3) dan zikir ini 100x pagi (lepas subuh) dan petang (lepas asar atau magrib)

Laa ilahaa illaulaah wahdahu laa shariika lah lahul mulku walahul hamdu wahuwa' alaa kulli shai-inq-qodiir. 100x
Tiada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya hanya Allah yang mempunyai semua kerajaan dan semua puji2an dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Selain doa di atas baca Ayat Kursi 313 x sekali gus dan banyakkan baca Tasbih Nabi Yunus

Laa ilaaha illa anta subhaanaka innii kuntu minadh-zhaalimiin
Tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah, Maha Suci Engkau, akulah orang yang membuat zalim atas diriku.

Kalau tak dapat membaca kerana gangguan terlalu kuat, boleh juga pasang CD ayat ruqyah dan ayat shifa, pasangkan di rumah dan konsentrasi sambil pejamkan mata. Jika keadaan sukar di kawal, saudari bacakan ayat kursi 70 x di dalam botol berisi air dan suruhlah pesakit minum sambil niat supaya Allah sembuhkannya, tetapi air itu jangan di tambah jika habis, buatlah yang baru. Selain pada itu bacalah Al-Fatehah 70 x dan Al Baqarah selama 40 hari, inshallah keadaan akan lebih baik......

4 pintu besar untuk jin memasuki tubuh manusia

1) Terlalu marah
2) Terlalu gembira
3) Terlalu sedih
4) Nafsu syahwat terlalu kuat

Do’a masuk rumah:Imam Muslim dalam Shahihnya meriwayatkan, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Jika seorang laki-laki masuk ke dalam rumahnya kemudian menyebut nama Allah Ta’ala ketika dia masuk dan ketika makan, setan berkata: “Kamu tidak punya (jatah) tempat tidur dan tidak pula (jatah) makan di sini”. Dan jika ia masuk dan tidak menyebut nama Allah ketika ia masuk, maka setan berkata: “Kamu mendapatkan (jatah) tempat tidur”. Dan jika tidak menyebut nama Allah ketika makan, setan berkata: “Kamu mendapat (jatah) tempat tidur dan makan”.”
Hadits riwayat Imam Ahmad, Al-Musnad, 3/346 dan Muslim, 3/1599
 

Do’a keluar rumah:Dalam Sunan, Abu Daud meriwayatkan bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:“Jika seorang laki-laki keluar dari rumahnya kemudian mengatakan: “Dengan Nama Allah, aku bertawakkal (menggantungkan diri) kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah”, niscaya akan dikatakan kepadanya: “Cukuplah bagimu, engkau telah diberi petunjuk, engkau telah dicukupi dan dijaga“, sehingga setan menyingkir daripadanya. Lalu setan lain berkata kepadanya: “Bagaimana kamu dapat (menggoda) laki-laki yang telah ditunjuki, dicukupi dan dijaga?”.”Hadits riwayat Abu Daud no. 5095, At-Tirmidzi No. 3426. Dalam Shahihul Jami’, hadits no. 499.

Siwak:Dalam Shahihnya, Imam Muslim meriwayatkan dari Aisyah radhiyallah ‘anha, bahwasanya ia berkata:
“Bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam jika masuk rumahnya beliau memulai dengan siwak”.
Shahih Muslim, kitab Ath-Thaharah, bab 15, no. 44.

Nasehat :
Rutin Membaca Surat Al-Baqarah di Rumah untuk Mengusir Setan.
Hadits-hadits dalam hal ini di antaranya: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian sebagai kuburan! Sesungguhnya setan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya 

surat Al-Baqarah”.Shahih Muslim, cet.Abdul Baqi, 1/539

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Bacalah surat Al-Baqarah di rumah-rumah kalian, karena sesungguhnya setan itu tidak masuk ke dalam rumah yang dibaca di dalamnya 
surat Al-Baqarah”.Hadits riwayat Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak, 1/561; dan dalam Shahihul Jami ‘, hadits no.1170


Sumber: Forum.cari /CeramahIslam.com/Bincang.net

Sunday, 21 July 2013

UBAT DAN DOA
rujukan di : http://leafisfalling.blogspot.com/2011/07/doa-ubat-ustaz-sharhan.html

Hadis Rasulullah,
"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu penyakit kecuali ada bersamanya ubat."


1) -Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu. 
    -Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
    -Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.

2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
   - Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel 
   - Ambil & sapu pada bahagian yang disengat  

3) -
Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit. 
   - Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya 
   - Jangan ambil menggunakan tangan,  sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
   - InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh


4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri


Surah Al - Baqarah, ayat 102






5 ) Resdung
- Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
- Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
- Setiap kolah masjid, 1 botol.
- Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
- Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
- Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa' 
- Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
- Ulang sebanyak 7 kali


Surah Al - Anbya', ayat 83 


6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
- Gunakan minyak zaitun
- Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
- Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :

Surah At- Taubah ayat 14

&
 surah Al - Hashr ayat 21

7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita
- Menggunakan madu asli
- Baca Al- Fatihah & Ayat kursi 
- Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
- Makan 1 sudu sehari


Surah An -Nahl, ayat 69


8) Angin pasang
- Menggunakan madu
- Amalkan ayat- ayat di bawah ini


-Surah Al - Isra', ayat 82


Surah Al - Hashr, ayat 21


Surah Ash - Shua'ra' ayat 70


9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
Bahan - bahan :
- Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah) 
- Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
- Buah kelapa (yang berhingus)

Cara - cara :
- Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
- Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
- Ambil buah kelapa, letak atas api gas &  pnaskan.
- Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
- Minum air kelapa yang telah suam.

*Satu bji kelapa, selang 2 hari.
Untuk maklumat & cara yang lebih lanjut, klik link ini ------->> cara - cara

10) Susah tidur malam


Surah Al - kahf, ayat 11


11) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi


Surah - fussilat, ayat 44



12) Merawat histeria
- Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
-       - Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.

P     *Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain

  - As saffat , ayat 7
-

1 ) Doa untuk orang yang selalu senggugut, haid yang x menentu, istihadah & adik beradik dengannya...
          - Madu asli adalah ubat yang paling berkesan..
          - Baca Al- Fatihah
          - Baca ayat kursi
          - Sembahyang hajat 2 rakaat ( Bukanlah sewaktu uzur)

  Baca ayat di bawah ini...
 * surah An- Nahl , ayat 69

~ Ustaz sharhan baca doa tu bermula dari yang saya garis tu, cuma x pasti sampai habis atau x..
Habiskan pun x per, x de salahnya...
            

2 ) Doa bagi menceraikan manusia & jin..
     -  mungkin kadang2 kita lalu dekat ladang kelapa sawit, ataupun keluar waktu senja,
       lepas tu kalau nak masuk rumah, x nak bagi jin2 ikut kita, amalkan doa ni...
     -  Kalau x salah saya, ustaz cakap ayat ini juga sesuai dibacakan untuk org yang mempunyai saka
       (Kalau salah, tolong btolkan)

Baca ayat di bawah ini...
* Surah At- Tariq, ayat 4

3) Doa sakit kepala
    - Baca doa pada tangan kanan, sapukan pada kepala


Baca ayat di bawah ini...
 *Surah Al- Waqi'ah, ayat 19

4 ) Doa mempercepatkan jodoh
     - Ustaz kata, ada yang mungkin umur sudah lanjut, tapi belum bertemu jodoh.

Baca ayat di bawah ini...
* Surah Ar- Rum, ayat 21



5 ) Doa untuk mencerahkan penglihatan.
     - Ustaz Sharhan cakap, Alhamdulillah ramai pesakit dia yang mengamalkan doa ini,
       ramai yang da x pakai cermin mata...
     - Saya pun ada terbaca orang komen dekat dalam internet,
       bila dia mengamalkan ayat ini,  keadaan mata dia bertambah pulih..

     * Cara- cara
      - Ambil sebatang carrot, jangan potong, rebus, atau masak
      - Baca 14 kali doa di bawah ini pada carrot itu...
      - Ustaz kata, jadilah rabbit sebentar, hehehe...

Baca ayat di bawah ini...
* Surah Qaf, ayat 22
- Baca bermula dari ayat yg digaris



* Selain itu, ada juga cara yang ustaz sarankan, amalkan selawat syifa' di bawah ini
   - Ketika sampai ayat yang digariskan, Baca 7 kali & sapu pada mata.


6 ) Doa mengeluarkan susuk

Baca ayat di bawah ini...
*Surah Al- Hijr, ayat 31 & 32


  7 ) Doa untuk menyembuhkan sakit kanser / Barah & menghilangkan gatal2 pada tubuh badan..

Baca ayat di bawah ini...
* Surah Al- Anbya', ayat 69



Okay, ustaz ada berpesan, bila berdoa, jangan terlalu mengharapkan kesembuhan,
biarlah itu menjadi yang terakhir sekali...
Seeloknya niatlah bahawa doa yang kita baca tu,
bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah,
Mengadu kepada Allah atas segala sesuatu,
Mendekatkan diri kepada Allah,
sekaligus berharap Allah memberi kesembuhan kepada penyakit kita...

TAPI,
Jika berdoa banyak kali, x dimakbulkan,
ustaz suruh kita check diri kita balik...
Bagaimana hubungan kita dengan Allah...


Saturday, 1 December 2012

CARA DAN DOA-DOA WUDUK

JOM KITA BETULKAN WUDUK KITA MANA YANG LONGGAR

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Sebelum berwuduk hendaklah membersihkan bahagian mulut terlebih dahulu dengan menggunakan kayu sugi atau berus gigi dan berkumur kemudian basuhlah kesemua anggota wuduk dengan sempurna tanpa pembaziran air.
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sekiranya aku tidak menyusahkan umatku, aku akan perintahkan umatku berwuduk pada setiap kali solat dan bersiwak (bersugi) pada setiap kali wuduk.”  (Hadis Riwayat Ahmad)
.
1.   Mulakan dengan bacaan  Bismillah beserta bacaan doanya:

Serulah Allah pada permulaan wuduk dengan berkata: Bismillah (perlahan atau kuat).
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak ada wuduk untuk mereka yang tidak menyebut nama Allah atasnya.” (Riwayat – Ibn Maajah, At-Tirmizi, Abu Daud, dan lain-lain)
.
.
2.   Membasuh jari-jemari hingga pergelangan tangan sambil membaca:

Humran r.a. meriwayatkan bahawa Uthman r.a. dipanggil untuk menunjukkan cara berwuduk lalu membasuh tangannya tiga kali … kemudian berkata, “Saya melihat Rasulullah SAW berwuduk, sama seperti yang telah saya berwuduk tadi.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
 .
.
3.   Berkumur-kumur dan membaca:

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila kamu berwuduk kemudian basuh mulut.” (Riwayat Al-Baihaqi)
 .
.
4. Masukkan air ke dalam hidung dan keluarkannya kembali (istinsyaq):
     a.   Masukkan air ke dalam hidung sambil membaca;
.
      b.   Mengeluarkan air dari hidung, membaca:

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu berwuduk, hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung, kemudian mengeluarkannya.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
.
Abd Khair r.a.berkata: “Kami sedang duduk melihat ke arah Ali r.a., dimana beliau berwuduk dan memasukkan air ke dalam mulutnya dengan tangan kanannya dan membasuh mulut dan hidung, kemudian dikeluarkan dari hidungnya dengan tangan kirinya dia berbuat tiga kali, kemudian berkata: “Sesiapa yang ingin melihat cara penyucian Rasulullah SAW, maka ini adalah penyuciannya.” (Riwayat – Ad-Daarimee)
.
.
5.   Membasuh muka 3 kali sambil berniat mengambil wuduk.
      a.   Niatnya:

    .
     b.   Seiring itu disunatkan juga membaca:

 .
     c.   Bersihkan muka 3 kali dari atas dahi ke dagu dan dari telinga ke telinga.

Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berniat untuk mendirikan solat, basuh muka dan tangan sehingga ke siku, gosok (dengan melepaskan tangan basah ke atas) kepala kamu, dan (basuh) anda kaki sehingga ke buku lali … ” (Al-Ma’idah 5:06)
.
Humran Ibn Abaan r.a. meriwayatkan bahawa Uthman r.a. dipanggil untuk menunjukkan cara berwuduk sebagaimana Rasulullah SAW berwuduk. Humran r.a. berkata: “Kemudian beliau mencuci mukanya tiga kali.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim)
.
.
6.   Membasuh kedua tangan sampai ke siku, sambil membaca doa:
         a.  Ketika membasuh tangan kanan:

    .
         b.  Ketika membasuh tangan kiri:

Nu’aim Ibn Mijmar r.a.berkata: “Saya melihat Abu Hurairah berwuduk. Dia membasuh mukanya dan menyempurnakan wuduk, kemudian mencuci tangan kanannya sehingga dia sampai ke lengan, kemudian tangan kirinya sehingga dia sampai ke lengan.” dan pada akhirnya dia berkata: “Ini adalah bagaimana saya melihat wuduk membuat Rasulullah SAW.” (Riwayat – Muslim)
.
.
7.  Menyapu air ke  sebahagian  kepala sambil membaca:

“Nabi Muhammad SAW menyapu kepalanya dengan dua tangan, menggerakkan ia ke hadapan dan ke belakang, bermula dengan bahagian depan kepala sehingga ke tengkuk Baginda, kemudian kembali semula ke tempat dari mana ia mula.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmizi, dan lain-lain)
 .
.
8. Membasuh bahagian luar dan dalam kedua belah telinga sambil membaca doa:

Daripada Abdullah ibn Amr r.a. tentang cara melaksanakan wuduk Rasulullah SAW: “Baginda SAW menyapu kepalanya dan memasukkan jari telunjuk ke dalam telinganya dan menyapu belakang telinganya dengan ibu jari.” (Riwayat – Abu Daud, An-Nasa’i, Ibn Maajah, Ibn Khuzaimah)
 .
.
9.   Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
       a.  Semasa membasuh kaki kanan, disunatkan membaca:
.
         b.  Sewaktu membasuh kaki kiri disunatkan membaca:

Ibn Umar r.a. berkata; Rasulullah SAW dalam perjalanan, jauh di belakang kami dan kemudian datang kepada kami ketika sudah tiba masanya untuk solat Asar. Kami mula berwuduk dan lap kaki kami, kemudian baginda menyeru; “Celakalah buku lali dari api neraka. (Dua atau tiga kali).” (Riwayat – Al-Bukhari dan Muslim)
Al-Mustaurad r.a. berkata; “Apabila Rasulullah SAW berwuduk, Baginda akan memasukkan air antara jari-jari kaki dengan jari kecilnya.” (Riwayat – Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibn Maajah).
.
.
10.   Doa Wuduk.  
Menghadap ke arah kiblat dan membaca doa wuduk:
.
Daripada Uqbah bin Amir r.a., Nabi SAW bersabda: “Tidak seorang pun daripada kamu yang berwuduk dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba Allah dan utusan-Nya”, melainkan dibukakan untuknya lapan pintu syurga, ia boleh memasukinya melalui pintu yang ia kehendaki. (Hadis Riwayat Muslim).
.

SUMBER MAKLUMAT DARI:
http://shafiqolbu.wordpress.com/